Campuri Urusan China Pasti Gagal

2021-06-29 11:24:49  CRI
Share with:

Tindakan Ukraine yang menarik balik daripada kenyataan bersama menentang China adalah keputusan sebuah negara berdaulat yang bebas.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbing dalam taklimat media di Beijing semalam.

Pada minggu lepas, Ukraine menarik balik daripada kenyataan bersama menyasar China anjuran Kanada dalam sesi Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-bangsa Bersatu(UNHRC). 

Ada diplomat dari Barat mendakwa tindakan Ukraine tersebut adalah disebabkan tekanan dari China.

Wang mengulas bahawa kenyataan bersama yang dianjurkan Kanada untuk menyerang China adalah tindakan mencampuri urusan dalaman China dengan alasan hak asasi manusia. China mengalu-alukan keputusan Ukraine yang selaras dengan prinsip asas Piagam PBB dan norma asas hubungan antarabangsa itu.

Katanya, Amerika Syarikat (AS) pula memberi tekanan kepada negara membangun untuk menentang China, malah mengancam akan menghentikan bantuan dan mengenakan sekatan ke atas pegawai negara berkenaan.

Tindakan yang melanggar etika diplomatik dan hubungan antarabangsa tersebut mencerminkan diplomasi AS dan Kanada yang ganas dan harus dikutuk. Ketika segelintir kecik negara ingin mengotorkan imej China, kebanyakan negara lain pasti akan tampil ke depan untuk mempertahankan hakikat dan keadilan.

胡星