Jenayah Genosid Negara Barat Patut Disiasat

2021-06-29 14:50:19  CRI
Share with:

Sesi ke-47 Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) mengadakan dialog dengan penasihat khas Setiausaha Agung PBB atas pencegahan genosid di Geneva semalam.

Wakil delegasi China ke PBB di Geneva, Jiang Duan ketika menyampaikan ucapan dalam dialog tersebut berkata, negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat (AS) dan Kanada telah melakukan jenayah genosid. Masyarakat antarabangsa patut menjalankan siasatan komprehensif terhadap jenayah itu dan membawa mereka bersalah ke muka pengadilan.

Menurut Jiang, genosid merupakan jenayah antarabangsa yang amt serius. Masyarakat antarabangsa bertanggungjawab untuk membawa penjenayah ke muka pengadilan, di samping menghapuskan kesan buruknya seperti rasisme dan diskriminasi ras.

徐国玮