Terdapat sekumpulan orang yang memandu perahu setiap hari untuk mencari dan mencatat jejak Paus Bryde di kawasan perairan Pulau Weizhou, wilayah Guangxi. Mereka sebenarnya orang dari kumpulan pengajian haiwan mamalia lautan Teluk Beibu Guangxi, yang sudah beberapa tahun berturut-turut menjalankan penyelidikan di kawasan tersebut.
Paus Bryde merupakan spesis yang jarang ditemui dalam order ikan paus, sedangkan pengajian melibatkan haiwan spesis itu hanya sedikit sahaja di seluruh dunia.
Nelayan, ahli sains, jurugambar dan sukarelawan berhimpun bersama-sama untuk menjadi pelindung bagi Paus Bryde di sini.