G20 Gesa Tindakan Pelbagai Hala Hadapi Cabaran Global

2021-07-01 10:03:23  CRI
Share with:

G20 Gesa Tindakan Pelbagai Hala Hadapi Cabaran Global_fororder_1127612501_16250395349561n

Mesyuarat Menteri Luar dan Menteri Pembangunan Kumpulan 20 (G20) diadakan di bandar Matera, Itali semalam. Para peserta menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan pelbagai hala bagi menghadapi cabaran global.

G20 Gesa Tindakan Pelbagai Hala Hadapi Cabaran Global_fororder_1127612501_16250395349801n

Menurut Perisytiharan Matera yang diluluskan mesyuarat itu, pelbagai negara berjanji akan berusaha membasmi ketidaksamarataan, menggalakkan golongan belia dan wanita membina kerjaya, mendorong Afrika beralih ke pembangunan digital dan mesra alam.

Para menteri turut menegaskan bahawa pelbagai negara harus menyelaraskan tindakan dan mengelakkan "nasionalisme" dalam menghadapi cabaran global seperti pemulihan ekonomi, perdagangan antarabangsa dan perubahan iklim.

覃淼