Sijil COVID-19 Digital Berkuat Kuasa di EU

2021-07-02 13:29:12  CRI
Share with:

Sistem perjalanan digital COVID-19 mula berkuat kuasa di Kesatuan Eropah (EU) semalam bagi mendorong perjalanan individu dan pemulihan ekonomi di blok itu.

Sijil digital itu akan menunjukkan sama ada penumpang telah diberikan vaksin sepenuhnya atau telah menjalani ujian saringan negatif mahupun yang mempunyai perlindungan selepas pulih daripada jangkitan COVID-19.

Sijil itu akan diberikan melalui kod QR dalam aplikasi telefon bimbit. Penumpang juga boleh membawa cetakannya selepas memuat turun kod itu.

Sijil digital itu akan dikeluarkan oleh kerajaan negara EU dan boleh digunakan di negara-negara yang menyertai sistem berkenaan.

Negara-negara terlibat tidak boleh mengenakan sebarang sekatan perjalanan tambahan ke atas pemegang sijil itu jika tidak perlu.

覃淼