Bangunan Runtuh di Miami, 22 Orang Meninggal

2021-07-03 15:30:33  CRI
Share with:

Jumlah kematian dalam tragedi bangunan runtuh di Miami, Amerika Syarikat (AS) telah meningkat kepada 22 orang, manakala 126 orang masih hilang. Kerja mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan.

Demikian dikatakan ketua kaunti Miami-Dade, Florida semalam.

Untuk menjamin keselamtan orang awam, beliau telah menandatangani satu perintah kecemasan. Sebaik saja jurutera menandatangani dokumen berkenaan, kerja merobohkan baki bangunan terlibat akan dijalankan serta merta.

Pada hari yang sama, Presiden AS, Joseph Biden mengeluarkan kenyataan, menambah subsidi persekutuan kepada kawasan tersebut untuk menyokong penghapusan runtuhan bangunan di Miami dan kerja perlindungan kecemasan di negeri Florida.  

胡星