Pemimpin Asing Ucap Tahniah Ulang Tahun Ke-100 PKC

2021-07-05 13:46:40  CRI
Share with:

Pemimpin parti dan kerajaan dari pelbagai negara mengucapkan tahniah kepada Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping atas ulang tahun ke-100 penubuhan PKC.

Mereka memuji  kecemerlangan yang dilakar PKC dalam tempoh seabad lalu serta sumbangannya kepada dunia.

Presiden Mauritania, Mohamed Ould Ghazouani menyatakan China telah mencapai kemajuan  luar biasa dalam pelbagai bidang di bawah pimpinan PKC.

Presiden Republik Afrika Tengah (CAR), Faustin-Archange Touadera berkata, CAR dan China bersama-sama komited memperjuangkan keamanan, pembangunan dan kesejahteraan untuk rakyat sehingga membentuk komuniti berkongsi nasib yang kukuh.

Presiden Republik Czech, Milos Zeman pula menyifatkan sambutan ulang tahun ke-100 PKC sebagai satu peristiwa penting dalam sejarah.

梁靓