Hari Kemerdekaan AS Dicemari Kejadian Tembakan

2021-07-06 16:22:01  CRI
Share with:

Lebih 400 insiden tembakan dilaporkan di seluruh Amerika Syarikat (AS) ketika sambutan Hari Kemerdekaan negara itu bermula 2 hingga 4 Julai, menyebabkan sekurang-kurangnya 150 orang maut.

Menurut pihak polis New York, sebanyak 21 kejadian tembakan berlaku di bandar itu melibatkan 26 mangsa. Antaranya, 12 kes tembakan terjadi pada 4 Julai.

梁靓