Tokoh Asing Puji Prestasi PKC

2021-07-06 12:01:19  CRI
Share with:

Tokoh-tokoh terkemuka dari luar negeri memberi penghargaan atas pencapaian cemerlang yang dilakar Parti Komunis China (PKC) buat tempoh sepuluh dekad.

Tokoh Asing Puji Prestasi PKC_fororder_laowo

Presiden Persatuan Persahabatan Laos-China (LCFA), Khammany Inthirath menyatakan, biarpun kekuatan bersepadu China dan pengaruhnya di persada dunia semakin menonjol, namun negara itu tidak pernah membuli yang lemah atau pun bersikap suka mengarah.

Beliau memuji China yang memberi sumbangan positif kepada masyarakat antarabangsa, seperti Insiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang menjanjikan keuntungan kepada banyak negara serta visi Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan yang mendapat sahutan.

Tokoh Asing Puji Prestasi PKC_fororder_luoxide

Sementara itu, Pengerusi Parti Pekerja dan Petani Nepal, Narayan Man Bijukchhe menumpukan perhatiannya kepada China bergerak ke arah merealisasikan Matlamat Seratus Tahun yang kedua.

Beliau berharap agar dunia dapat ditawarkan lebih banyak peluang pembangunan susulan kemajuan pelaksanaan projek-projek di bawah rangka BRI.

Tokoh Asing Puji Prestasi PKC_fororder_niriliya

Dalam pada itu, Duta Besar Nigeria ke China, Baba Ahmad Jidda berpendapat, PKC menunjukkan prestasi yang unggul dalam menggerakkan jenteranya bagi berbakti kepada rakyat.

董筱娉