24 Orang Pakar Virus Tersohor Dunia Tegaskan Bantahan Terhadap Konspirasi

2021-07-08 14:49:11  CRI
Share with:

24 Orang Pakar Virus Tersohor Dunia Tegaskan Bantahan Terhadap Konspirasi_fororder_0708a.JPG

24 orang pakar virus tersohor dari seluruh dunia sekali lagi mengeluarkan kenyataan secara sebulat suara yang berbunyi, sekiranya kita nak bersedia dengan lebih baik untuk menghadapi pandemik pada masa depan, kita perlu menolak retorik dan utamakan sains.

Kesemua mereka termasuk pakar virus terkenal dari Malaysia, Dato’ Dr. Sai Kit Lam menyatakan demikian menerusi sebuah rencana yang diterbitkan oleh jurnal ‘The Lancet’.

Pada bulan Februari tahun 2020, mereka pernah menerbitkan rencana menentang konspirasi mengenai COVID-19.

Kali ini mereka sekali lagi menzahirkan penghormatan dan penghargaan terhadap staf kesihatan di China dan seluruh dunia yang mendepani wabak tanpa mengambil kira risiko jangkitan dan kepenatan sejak sekian lama.

Menurut rencana tersebut, ramai antara mereka telah ditanya sama ada mereka masih menyokong pendirian pada bulan Februari tahun lalu, jawapan mereka adalah jelas.

Tapi Satria faham, yang dihadapi oleh para pakar yang jujur tersebut bukan sekadar ditanya biasa-biasa.

Dr. Peter Dazak merupakan pakar tersohor dalam bidang virus dibawa oleh haiwan, khususnya dari kelawar.

Beliau antara anggota kumpulan pakar WHO yang mengadakan penyelidikan punca COVID-19 ke China pada bulan Januari tahun ini dan pelbagai banyak kali membantah penghitaman dan berita palsu mengenai China dengan pengalaman sendiri.

Selain ditanya, beliau turut menghadapi tekanan besar dari arena politik Amerika Syarikat.

Sebagai pengerusi kumpulan kerja khas penyelidikan punca COVID-19 “The Lancet” yang bertugas sejak Disember 2020, beliau terpaksa meletakkan jawatan untuk mengelakkan rasa berat sebelah atas kerjasama beliau dengan China selama 15 tahun dalam bidang penyelidikan virus pada bulan Jun ini.

Pakar imunologi, Dr. Kristian Andersen yang menyokong koronavirus berasal dari alam semula jadi turut tidak terlepas daripada menghadapi keganasan siber.

Setelah menghadapi terlalu banyak kutukan dan ancaman, beliau terpaksa menutup akaun Twitternya.

Pakar penyakit jangkitan Prof. Edward Holmes dari Australia pula menerima siasatan pihak polis atas kenyataan di lawan web Universiti Sydney yang menolak konspirasi koronarivus berpunca dari kebocoran makmal di Wuhan.

Bahkan beliau telah menerima beberapa surat diisikan peluru untuk mengancam beliau menarik balik pandangan tersebut, dan sekiranya beliau berdegil, beliau bakal berhadapan dengan serangan yang benar.

Ada pakar yang tidak mahu mendedahkan nama memberitahu media bahawa ini telah menjadi satu kempen politik.

Semua pakar yang terlibat dalam bidang ini, andai kata mereka tidak menyokong konspirasi koronavirus berpunca kebocoran dari makmal Wuhan, mereka akan menghadapi serangan.

Terutamanya dari pertubuhan sayap kanan di AS, Australia dan Britian, serta di Eropah juga.

Ketika 24 orang pakar terpaksa sekali lagi menegaskan pendirian mereka secara terbuka, ini bukan untuk menjelaskan masalah penyelidikan punca COVID-19 saja, mereka berjuang membela kehormatan sebagai seorang saintis.

Seluruh dunia sebenarnya juga menghadapi satu pilihan, iaitu untuk memberi sokongan penuh kepada para pakar yang profesional, atau menantikan para politikus ke barisan hadapan untuk menangani pandemik baharu yang akan tercetus lagi pada masa depan.

张弘