Tiada Penonton di Venue Olimpik Tokyo

2021-07-09 14:14:52  CRI
Share with:

Tiada penonton dibenarkan hadir di venue sukan Olimpik di Tokyo susulan penguatkuasaan perintah darurat bagi membendung pemerebakan COVID-19.

Keputusan itu dibuat menerusi  perbincangan membabitkan pihak kerajaan, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Tokyo, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) pada Khamis.

Sebelum ini, kerajaan Jepun mengisytiharkan Tokyo berada dalam tempoh darurat bermula 12 Julai hingga 22 Ogos.

梁靓