IAEA Bakal Pantau dan Teliti Pengaliran Air Terawat Fukushima

2021-07-09 14:10:18  CRI
Share with:

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) bakal memainkan peranan signifikan dalam memantau dan meneliti Jepun melaksanakan rancangan pembuangan air sisa dari loji nuklear Fukushima, kata Ketua Pengarahnya Rafael Grossi.

Dilaporkan, IAEA dan Jepun pada Khamis memeterai satu dokumen berhubung bantuan teknikal yang ditawarkan agensi berkenaan semasa proses pemantauan terhadap pembuangan air terawat.

Menurut dokumen tersebut, IAEA akan meneliti unsur radioaktif dalam air sisa serta menilai kesannya terhadap alam sekitar.

董筱娉