China Sokong Perjuangan Rakyat Palestin

2021-07-10 15:02:04  CRI
Share with:

China Sokong Perjuangan Rakyat Palestin_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_6016_0bfcac55-6c61-4198-92af-67494415a425

China konsisten dengan pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk memulihkan hak-hak negara mereka yang sah.

Pendirian itu diulangi wakil misi China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Jiang Duan ketika berucap dalam sesi ke-47 Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) pada Jumaat.

Jiang menyifatkan konflik yang berlaku antara Palestin dan Israel sejak kebelakangan ini sebagai suatu yang amat menyedihkan.

Selain mengutuk tindakan kekerasan menyasar rakyat jelata, beliau juga menggesa Israel bertindak mengikut resolusi berkenaan PBB bagi menjamin hak dan kepentingan sah rakyat Palestin.

Israel turut digesa berhenti merobohkan rumah dan mengusir penduduk Palestin, menghentikan projek peluasan petempatan Yahudi, serta menamatkan sekatan ke atas Gaza secepat mungkin.

Sementara itu, Jiang menyeru masyarakat antarabangsa berusaha mengukuhkan gencatan senjata antara kedua-dua pihak, memperbaiki situasi kemanusiaan di Gaza, meneroka pendekatan untuk membina kepercayaan ke arah memulihkan rundingan damai berdasarkan "penyelesaian dua negara".

Ujarnya, China bersedia bersama masyarakat antarabangsa terus menyumbang kepada pewujudan keamanan secara menyeluruh, adil dan berkekalan di Asia Barat seawal mungkin.

梁靓