Perkhidmatan Tren Kendalian China Lonjak Pembangunan Ekonomi Kenya

2021-07-10 14:15:42  CRI
Share with:

Perkhidmatan Tren Kendalian China Lonjak Pembangunan Ekonomi Kenya_fororder_cv

Perkhidmatan tren laluan Mombasa-Nairobi kendalian perusahaan China melonjakkan lagi pembangunan sosioekonomi Kenya, kata bekas timbalan pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika (AU), Erastus Mwencha.

Selepas melihat sendiri pengoperasian laluan berkenaan di Nairobi pada Jumaat, beliau yang juga merangkap presiden Jawatankuasa Pembinaan Projek Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) AU, berkata landasan keretapi di antara Mombasa dan Nairobi merupakan projek flagship di bawah rangka BRI, dan juga amat signifikan kepada pelan transformasi negara.

Perkhidmatan Tren Kendalian China Lonjak Pembangunan Ekonomi Kenya_fororder_cv3

“Di sini, aktiviti dagangan banyak bergantung kepada sistem pengangkutan. Kos pengangkutan sudah mencecah 40 peratus daripada nilai produk. Jika (kos ini) tidak dikurangkan, aktiviti dagangan akan terganggu.

“Pada masa ini, jaringan pengangkutan membabitkan lebuh raya dan landasan keretapi memudahkan penghantaran barangan dari China ke Eropah, yang turut merangsang pertumbuhan ekonomi negara sepanjang laluan berkenaan. Kami juga mahu terlibat dalam jaringan itu,” ujarnya.

Sepanjang 480 kilometer, rel Mombasa-Nairobi itu beroperasi secara sepenuhnya pada 31 Mei 2017, dengan mengaplikasikan teknologi dan kelengkapan China.

Perkhidmatan Tren Kendalian China Lonjak Pembangunan Ekonomi Kenya_fororder_cv2

Tren tersebut dijangka menyaksikan peningkatan kapasiti penumpang kepada 1.8 juta orang tahun ini, manakala larian tren kargo mencatat 16 kali sehari.

董筱娉