AS Yang Jejaskan Perjuangan Imuniti di Indonesia dan Negara-negara Membangun

2021-07-12 14:57:38  CRI
Share with:

AS Yang Jejaskan Perjuangan Imuniti di Indonesia dan Negara-negara Membangun_fororder_2021-07-07-16-8fde0b77fc6c8f4ddd68357ffe748ee2

Duka cita mendengar Dr. Novilia Sjafri Bachtiar, Ketua Uji Klinis Vaksin Covid-19 Sinovac dari Bio Farma Indonesia meninggal dunia baru-baru ini.

Meskipun berhempas-pulas berjuang untuk program imunisasi di negara Indonesia, tapi sayang sekali, laporan kadar imunisasi di negara itu hanya mencatat 5.44% sahaja setakat ini.

Yang lebih menyedihkan, pemergian beliau dan beberapa tenaga kesihatan lain di negara itu digunakan oleh sebahagian media Barat untuk terus menghitamkan vaksin China.

The New York Times baru-baru ini melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 20 orang tenaga kesihatan yang telah tamat doa dos vaksin Sinovac telah meninggal ekoran terjangkit COVID-19.

Maksudnya vaksin dari China kurang berkesan. Meskipun ini telah dibantah oleh Kementerian Kesihatan Indonesia.

Namun, apa yang The New York Times tidak memberitahu pembaca adalah, kira-kira 1.3 juta tenaga kesihatan di Indonesia telah menggunakan vaksin Sinovac.

Berdasarkan laporan, pada bulan Januari lalu terdapat 158 orang doktor meninggal ekoran terjangkit COVID-19 di Indonesia.

Manakala jumlah ini menurun kepada 26 orang pada bulan lalu, antaranya 10 orang telah tamat dua dos vaksin Sinovac.

Bagaimanapun, kita akur bahawa angka kematian doktor pada bulan Jun memang memperlihatkan trend menaik. Tapi, kita juga harus bersikap jujur sebab peningkatan berbanding bulan Mei itu adalah ekoran penularan varian Delta.

Bukan sahaja di Indonesia, malah situasi ini juga menjadikan para tenaga kesihatan di seluruh dunia sekali lagi menghadapi risiko tinggi untuk dijangkiti varian baharu meskipun telah menamatkan dua dos vaskin.

Ini berikutan keberkesanan hampir semua vaksin sedia ada yang kelihatan menurun ketika menghadapi varian Delta.

Berdasarkan laporan CNBC, lebih 4100 orang pesakit terjangkit telah dirawati di hospital atau meninggal setelah menamatkan dua dos vaksin di Amerika Syarikat!

Di Israel, negara pertama yang mewujudkan imuniti berkelompok, wabak sekali lagi tercetus ketika menghadapi varian Delta.

Nak tahu apa yang diumumkan Kementerian Kesihatan negara itu?

Menurut mereka, bahawa kadar keberkesanan vaksin Pfizer telah menurun kepada 64% dan Pfizer pula memaklumkan mereka sedang memohon kelulusan penggunaan dos ketiga untuk meningkatkan lagi kadar keberkesanan vaksin.

Yang menjadikan kemalangan di Indonesia dan pelbagai negara membangun sebenar-benarnya adalah Amerika Syarikat dan pelbagai negara maju yang mendominasikan bekalan vaksin dunia dalam setengah tahun yang lalu.

Setakat ini China telah menyediakan 500 juta dos vaksin kepada pelbagai negara terutamanya negara membangun, menduduki 1/6 daripada jumlah keseluruhan pengeluaran vaksin di dunia.

Bagaimanapun kapasiti pengeluaran China tidak mampu mematuhi keperluan global, dan inilah misi yang patut dilakukan secara bersama oleh pelbagai negara maju yang berkemampuan.

Seperti apa yang sudah disaksikan oleh dunia, Amerika Syarikat dan beberapa negara maju terus mengawal dasar “mengutamakan diri”.

Pada masa yang sama, mereka juga menggunakan pelbagai kaedah yang kotor untuk menghitamkan vaksin China, mengganggu dan menjejaskan kerjasama vaksin antara China dengan pelbagai negara lain.

India mempunyai kapasiti pengeluaran vaksin yang terbesar di dunia, tapi bahan mentah vaksin COVID-19 disekat oleh AS untuk menyimpan dos vakisn yang jauh lebih banyak berbanding keperluan domestik.

Apa jadi seterusnya? Wabak tercetus secara besar-besaran di India, muncul varian Delta, dan secara tidak langsung perjuangan melawan COVID-19 Dr. Novilia Sjafri Bachtiar serta ramai lagi pakar dan tenaga kesihatan di seluruh dunia dibazirkan begitu sahaja.

Satria menggunakan vaksin pada bulan Februari tahun ini, kini sudah enam bulan.

Kawan-kawan yang divaksinkan lebih awal telah menggunakan vaksin pusing kedua. Maksudnya keperluan vaksin akan meningkat dan berterusan pada masa depan.

Jikalau AS dan pelbagai negara maju yang lain tidak segera bertindak membantu negara-negara membangun mengatasi wabak dengan cepat, varian baharu yang lebih hebat dijangka muncul tanpa menunggu masa.

Dan ketika virus bermutasi lebih pesat berbanding vaksinsasi, ketika itulah dunia akan terus menghadapi malapetaka.

张弘