Diskriminasi pada Umat Islam, Cerminan Hak Asasi Manusia AS

2021-07-13 12:34:45  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) yang selalu memperagakan diri sebagai "rumah api" dalam bidang hak asasi manusia, sejak sekian lama berdalih "melindungi hak asasi manusia", menekankan dan menuding jari kepada negara lain dengan sesuka hati. Sebenarnya, apa yang disebut "rumah api' hak asasi manusia itu mempunyai bayangan gelap yang dahsyat, iaitu diskriminasi dan penindasan terhadap umat Islam.

Sempena ulang tahun ke-20 berlakunya insiden "11 September", umat Islam negara gergasi itu tetap hidup dalam keadaan terpulau dan menderita layanan stigma, malah terpaksa menghadapi ancaman dan penyeliaan yang menakutkan. Dimaklumkan, jumlah persatuan menentang Muslim di negara Uncle Sam meningkat dua kali ganda sejak tahun 2016.

Walaupun giat memelihara imejnya di mata dunia yang toleran dan terbuka terhadap masyarakat yang berbilang kaum, AS sebagai satu-satunya negara yang pernah menguatkuasakan larangan terhadap umat Islam, tetap menyaksikan amalan dan fikiran yang mengutamakan orang putih yang sudah berurat berakar.

Ketika menghadapi umat Islam di seberang laut, AS juga selalu bertudung 'hak asasi manusia' mengamalkan dwistandard untuk memperoleh kepentingan sendiri. Menyentuh konflik Palestin-Israel, AS bukan sahaja selalu melawan persepakatan yang tercapai oleh semua negara anggota lain dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), malah memilih menutup mata terhadap pembunuhan kejam yang dilakukan Israel.

Jelaslah, hak asasi manusia telah dijadikan senjata politik bagi AS untuk menyembunyikan tujuannya yang kotor, dan terus bertindakan sebagai hipokrit melakukan jenayah yang melanggar kebenaran dan keadilan masyarakat antarabangsa.

高蕾