Pembangunan Penting Bagi Amalan Semua Hak Asasi Manusia

2021-07-13 13:51:23  CRI
Share with:

Pembangunan Penting Bagi Amalan Semua Hak Asasi Manusia_fororder_微信图片_20210713102950

Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) meluluskan resolusi China mengenai “Sumbangan Pembangunan kepada Amalan Semua Hak Asasi Manusia” semalam.  

Resolusi itu menegaskan, pembangunan dilihat menyumbang kepada amalan semua hak asasi manusia, peningkatan kesejahteraan hidup semua orang dan usaha memenuhi aspirasi rakyat terhadap kehidupan lebih indah.

Resolusi itu mengalu-alukan kerja yang dijalankan dan hasil penting yang dicapai pelbagai negara dalam usaha mendorong pembangunan lestari dan membasmikan kemiskinan.

Sementara itu, resolusi itu juga mencadangkan pelbagai negara mewujudkan pembangunan berpaksikan kepentingan rakyat, hasil pembangunan dimiliki dan dikongsi rakyat. Di samping itu, pelbagai negara disarankan mendorong pembangunan lestari agar rakyat menikmati hak asasi manusia dengan lebih baik, dan kesamarataan peluang perkembangan.

Wakil Tetap China ke pejabat PBB di Geneva , Chen Xu ketika memperkenalkan draf resolusi China itu berkata, China dan negara-negara yang bersama-sama mengemuakan resolusi itu berharap pelbagai pihak mencapai kata sepakat bagi mendorong pembagnunan lestari dan hak asasi manusia dapat dinikmati semua.

Dalam perkembangan lain, Venezuela, Pakistan, Cuba, Cameroon dalam ucapan mereka menghargai peranan peneraju China dalam mengemukakan draf resolusi tersebut.

Mereka turut menyarankan pelbagai negara memperkasa kerjasama antarabangsa, mengutamakan kepentingan rakyat, mendorong pembangunan lestari,  selain membasmikan kemiskinan dan ketidaksaksamaan bagi menjamin pelbagai hak asasi manusia milik rakyat jelata. 

曹捷