PBB Luluskan Resolusi Banteras Rasialisme Bersistem

2021-07-14 13:15:51  CRI
Share with:

Mesyuarat ke-47 Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan satu resolusi yang diserahkan negara-negara Afrika tentang pembanterasan rasialisme bersistem.

Resolusi tersebut membantah rasialisme bersistem dan berstruktur serta sebarang diskriminasi rasis, sekali gus mengecam diskriminasi dan kekerasan yang berterusan yang dilakukan penguatkuasa terhadap orang Afrika dan keturunan Afrika. Sehubungan itu, Resolusi meminta HRC membentuk mekanisme pakar antarabangsa yang bersendirian untuk mendorong keadilan dan kesamarataan rasis.

Inilah kali pertama HRC meluluskan resolusi melibatkan pembanterasan rasialisme bersistem setelah berlakunya kes George Perry Floyd yang dibunuh oleh polis Amerika Syarikat (AS).


 
张宪