Umat Islam AS Yang Menderita Pergolakan Di Sebalik Perbohongan "Nilai Universial"

2021-07-14 15:52:49  CRI
Share with:

Amerika Syarkiat (AS) mula memperlakukan umat Islam dengan layanan yang berbeza seawal tahun 1960-an, dan Muslim keturunan Arab mula diselia secara tersembunyi oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada tahun 1967, iaitu waktu tercetusnya Perang Asia Barat Ketiga. Sampai tahun 1980-an hingga 1990-an, golongan Muslim terus didiskriminasi dan dihalau dalam pertubuhan komuniti dan pergerakan politik.

Selain diperlakukan dengan layanan yang berbeza dalam kehidupan dan pekerjaan, golongan Muslim juga terpaksa menderita jenayah akibat kebencian.

Pada 27 Januari 2017, Donald Trump yang baru menyandang jawatan Presiden AS telah menandatangani satu perintah pentadbiran bagi "menghalang pengganas asing dari memasuki wilayah negaranya". Larangan yang menyasarkan umat Islam itu menolak pemberian visa kepada warganegara dari 7 buah negara, iaitu Iraq, Syria, Iran, Sudan, Somalia, Yemen dan Libya dalam 90 hari untuk mencegah kemasukan keganasan dari "rantau berisiko tinggi".

Akibat pengaruh dasar berkenaan, penganut agama Islam di AS diperlakukan dengan layanan yang semakin buruk. Masalah dalam negeri itu justeru menjadi "buku teks negatif" bagi "nilai universial". Kerajaan AS yang kurang mengambil endah keselamatan nyawa dan kecuaiannya dalam melawan wabak telah menyebabkan lebih 620 ribu penduduk diragut nyawa. Walaupun AS menjunjung tinggi nilai "kebebasan beragama" dan "hak asasi manusia", namun 75% umat Islam yang dewasa di negara tersebut beranggapan terdapat diskriminasi yang buruk dalam masyarakat AS, manakala 69% penduduk awam pun menyuarakan pendapat yang sama. Smentara itu, terdapat 50% umat Islam di AS berpendapat bahawa ia menjadi semakin sukar untuk menganut agama Islam pada beberapa tahun kebelakangan ini. Muslim sentiasa merupakan kalangan yang mengalami diskriminasi yang paling buruk di negara terbabit.

高蕾