Kepentingan Dunia Islam Terjejas Teruk Akibat Perang Iraq

2021-07-15 11:44:45  CRI
Share with:

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang angkuh melancarkan perang Iraq secara terang-terangan pada Mac 2003. Ini bukan sahaja telah mencabuli Undang-undang Antarabangsa dan orde antarabangsa dengan serius bahkan membawa malapetaka yang dahsyat kepada Iraq sehingga kepentingan Iraq dan dunia Islam terjejas teruk.

Pembangunan ekonomi Iraq turut terperangkap dalam keadaan berhenti dalam jangka masa panjang yang lalu, manakala keselamatan penduduk Iraq kurang terjamin. Pada tahun 2003 hingga 2020, kira-kira 208,500 orang Iraq diragut nyawa dalam konflik keganasan.

Selain itu, perpaduan masyarakat dan negara Iraq dihancurkan, akhlak dan moral sosial Iraq merosot dengan teruk, serta kebanggaan dan keyakinan diri rakyat Iraq turut mengalami tamparan besar.

Bukan sahaja kepentingan negara dan rakyat Iraq, tetapi juga kepentingan dunia Islam terjejas teruk akibat Perang Iraq, yang sekali gus mengheret dunia Islam ke kedudukan yang semakin rendah dalam pola sejagat, menghalang negara Islam daripada bercuba mencari kaedah pembangunan sendiri, merangsang dan meruncingkan keganasan yang wujud di kawasan Asia Barat yang selanjutnya berkembang menjadi masalah yang mengancam keselamatan global.

Perang Iraq persis adalah bukti jenayah AS yang bertindak sebagai pengamal hegemonisme dalam mencabuli Undang-undang Antarabangsa pada abad ke-21.

曹捷