China Akan Beri Bantuan Kecemasan Kepada Indonesia

2021-07-16 13:23:19  CRI
Share with:

Kerajaan China akan menyediakan bantuan kecemasan kepada Indonesia dalam usaha melawan pandemik COVID-19.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian pada satu sidang media semalam berkata, bantuan kecemasan yang akan dihulurkan China kepada Indonesia meliputi produk vaksin siap, penjana oksigen dan mesin ventilator.

Zhao berkata, kerajaan tempatan, syarikat dan pertubuhan bukan kerajaan seperti Persatuan Palang Merah China juga akan memberikan lebih banyak sokongan kepada Indonesia.

Situasi pandemik COVID-19 dilaporkan semakin memburuk di Indonesia baru-baru ini dengan merekodkan peningkatan kes jangkitan COVID-19 harian terbesar di dunia.

Menurut Zhao Lijian pula, China juga akan mengadakan sesi perbincangan pakar untuk berkongsi pengalaman dengan pihak Indonesia dalam bidang pemvaksinan, penyelidikan mengenai mutasi virus COVID-19 dan pengaturan sumber perubatan.

Sementara itu, program pemadanan juga akan diadakan untuk memudahkan pembelian produk perubatan pihak Indonesia di China. Sebagai tindak balas kepada permintaan Indonesia untuk membina pusat pengeluaran vaksin serantau, China telah mengemukakan pelan kerjasama dan komited bekerjasama dengan pihak Indonesia untuk menggalakkan penyelidikan dan pembangunan vaksin COVID-19 serta memperkasa kerjasama dalam bidang rantaian industri komprehensif dan vaksin jenis lain demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

曹捷