Diskriminasi Terhadap Umat Islam, Tumor Ganas Masyarat AS

2021-07-18 14:53:32  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) sentiasa melabelkan diri sebagai “rumah api bagi demokrasi yang bebas” serta “penjaga global bagi hak asasi manusia” tanpa mengambil endah fakta dalam negerinya tentang golongan umat Islam sejak sekian lama menderita diskriminasi dan layanan yang tidak adil.

Selepas kejadian “11 Sep” pada 2001, tercetuslah perdebatan tentang sama ada Muslim yang mempunyai kewarganegaraan AS patut dianggap sebagai warganegara yang sama rata? Walaupun selebriti Muslim di negara itu berusaha melakukan banyak tindakan yang positif, namun kebencian terhadap golongan umat Islam tetap beransur-ansur bertimbulan antara majoriti rakyat AS. Menurut laporan dilakukan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), jenayah kebencian terhadap Muslim telah melambung secara mendadak hingga 1600% pada 2001 di AS.

Dalam pada itu, kerajaan dan pihak tentera AS pula menunjukkan ketidakpercayaan terhadap Muslim.

Banyak penyelidikan diadakan Pusat Pengajian Pew (PRC) dalam jangka masa puluhan tahun kebelakangan ini mendedahkan bahawa umat Islam dijangka akan menggantikan umat Judaism menjadi kelompok beragama kedua terbesar di AS pada 2040, dan populasinya di negara itu dijangka akan mencatat 8.1 juta pada 2050.

Ekoran trend perubahan berkenaan, golongan Muslim di negara itu telah dijadikan alat pergelutan politik oleh parti Republikan dan parti Demokratik.

Pada  27 Januari 2017, iaitu ketika baru menyandang jawatan Presiden, Donald Trump sudah pun menandatangani apa yang disebut “perintah larangan Muslim” , yang turut mencetuskan siri bantahan keras dalam negerinya dan di arena antarabangsa.

Bagi parti Demokratik pula, golongan Muslim yang kian membesar merupakan sumber undi yang penting.

Bagaimanapun, kecurigaan dan diskriminasi yang bermazam-mazam terhadap golongan Muslim tidak pernah berubah, walaupun mereka mula mempunyai pengaruh dalam bidang politik AS. 

曹捷