China, ASEAN Eratkan Hubungan

2021-07-19 22:15:26  CRI
Share with:

China bersedia berusaha bersama ASEAN, melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua pihak, mempergiat kerjasama yang saling menguntungkan, agar melonjakkan hubungan kedua-dua pihak ke tahap baharu.

Demikian dinyatakan anggota Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi dalam perutusan tahniahnya kepada Setiausaha Agung ASEAN, Lim Jock Hoi bersempena ulang tahun ke-30 penjalinan hubungan dialog China-ASEAN pada Isnin.

Wang menyatakan, hubungan antara China dengan ASEAN berkembang pesat sejak penjalinan hubungan dialog pada 1991. Pada masa ini, China dan ASEAN telah menjadi rakan dagang terbesar antara satu sama lain.

Menurut Wang, tatkala berdepan wabak COVID-19, China dan ASEAN saling membantu untuk memulihkan ekonomi di samping memerangi wabak.

Wang Yi menyatakan, beliau bersedia berusaha bersama-sama Setiausaha Agung Lim dan rakan-rakan lain dari ASEAN agar melonjakkan hubungan kedua-dua pihak ke satu tahap yang lebih tinggi.

Pada hari yang sama, Lim Jock Hoi dalam perutusannya kepada Wang Yi menyatakan, hubungan perkongsian strategik antara ASEAN dengan China telah menjadi hubungan rakan yang paling dinamik di rantau ini melalui perkembangan selama 30 tahun.

Lim menyatakan, ASEAN dan China bekerjasama rapat dan saling menyokong dalam usaha memerangi wabak, di samping mendorong pemulihan pasca wabak. Ini memperlihatkan perpaduan dan persahabatan kedua-dua pihak.

Beliau bersedia bekerjasama dengan Wang Yi untuk menganjurkan sidang kemuncak pada hujung tahun dengan jayanya, dan mendorong hubungan ASEAN-China terus berkembang maju.

王瑾