Boris Johnson Jalani Kuarantin Kendiri

2021-07-19 14:53:51  CRI
Share with:

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dan Canselor, Rishi Sunak kini menjalani kuarantin kendiri kerana terdedah dengan kontak rapat yang positif COVID-19 baru-baru ini.

Setiausaha Kesihatan Britain, Sajid Javid melalui ciapan di media sosial pada Sabtu lalu mengesahkan beliau positif ujian COVID-19.  

Menurut laporan BBC pula, Johnson dan Sunak ada kontak rapat dengan Javid.

胡星