Rasisme, Penghalang Utama Demokrasi AS

2021-07-20 13:39:43  CRI
Share with:

Walaupun mempunyai rekod hak asasi manusia yang amat buruk, manun Amerika Syarikat (AS) tetap berlakon sebagai“penjaga hak asasi manusia" dunia di samping menuding jari terhadap urusan dalaman dan situasi hak awasi manusia negara lain. Tindakan hipokrit tersebut pula menimbulkan ketidakpuasan tokoh-tokoh dari dalam negara itu sendiri.

Rasisme dan diskriminasi ras telah berleluasa di AS sejak sekian lama. Pada hari pertama Donald Trump memegang jawatan presiden, dasar imigresennya berat sebelah negara-negara yang kebanyakan populasinya kulit putih, di samping menjalankan sekatan terhadap negara-negara Islam.

Ahli Dewan Rakyat dari Parti Demokratik, Ilhan Omar berpendapat bahawa pandangan presiden itu adalah jelas, iaitu negara-negara yang majoriti penduduknya orang Islam tidak patut memasuki wilayah AS. Polisi buruk ini adalah ancaman langsung terhadap demokrasi dan kebebasan.

Profesor Mustafa dari Institut Brookly, bandar New York berpendapat, kerajaan Trump mengamalkan“politik berpecah”secara terbuka, tetapi Trump berulang kali menyalahkan orang lain, ini telah disaksikan oleh semua.

Suara dari AS tersebut mencerminkan“demokrasi AS” yang mengutamakan kulit putih tidak lagi disokong penduduk ramai. Tindakan diskriminasi ras dalam negeri dan mencetuskan peperangan kemanusaiaan di Syria, Iraq dan Afghanistan telah menimbulkan kemarahan masyarakat antarabangsa dan pasti akan gagal.

胡星