Pencarian Asal Usul COVID-19 Perlu Dilaksanakan dengan Saintifik

2021-07-20 15:05:00  CRI
Share with:

Pelan kerja pencarian asal usul COVID-19 fasa kedua yang dikemukakan oleh sekretariat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak selaras dengan pendirian China dan beberapa negara lain, sepertimana yang telah dibentangkan dalam sidang taklimat pada 16 Julai.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata demikian dalam sidang media semalam.

Beliau berkata, WHO dan China telah menubuhkan kumpulan pakar bersama dan menjalankan penyelidikan selama 28 hari di China. WHO telah mengedarkan laporan penyelidikan bersama itu pada 30 Mac yang memberikan keputusan jelas serta memberikan cadangan saintifik tentang kerja pencarian asal usul virus itu pada fasa seterusnya.

Keputusan dan cadangan tersebut termasuk “kebocoran makmal amat tidak mungkin”, “mencari kes lebih awal dalam lingkungan sejagat”, “mengetahui dengan selanjutnya peranan rantai sejuk beku dan makanan sejuk beku dalam penularan virus” dan sebagainya.

Keputusan dan cadangan yang disebut dalam laporan tersebut perlu dihormati dan dipelihara serta dilaksanakan dengan sepenuhnya dalam kerja pencarian asal usul fasa seterusnya.

徐国玮