Bantah Campuri Urusan Dalaman China

2021-07-21 16:47:35  CRI
Share with:

Lebih 90 negara melahirkan bantahan terhadap tindakan mempolitikkan isu hak asasi manusia, mengamalkan dwistandard dalam isu tersebut atau mencampuri urusan dalam China. 

Jurucakap Kementerian luar China, Zhao Lijian berkata negara-negara tersebut meluahkan suara adil tersebut dalam sesi ke-47 Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) semalam.

Lubnan baru-baru ini menandatangani ucapan bersama negara-negara bersahabat yang menyokong China dalam sesi UNHRC tersebut.

Zhao berkata, China mengalu-alukan dan memuji ucapan tersebut. Setakat ini, sebanyak 69 negara telah menandatangani ucapan bersama tersebut. Selain itu, lebih 20 negara menyampaikan ucapan sendiri atau mengirim surat bersama kepada Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tentang isu tersebut. Ini bukan sahaja sebagai sokongan terhadap China, tetapi juga tindakan memelihara Piagam PBB serta kesamarataan dan keadilan antarabangsa.

徐国玮