Masyarakat Antarabanga Bantah Politikkan Pencarian Asal Usul Virus

2021-07-21 16:50:43  CRI
Share with:

Sebanyak 55 negara telah mengirim surat kepada Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, menyatakan bantahan terhadap tindakan mempolitikkan isu pencarian asal usul COVID-19.

WHO dalam sidang taklimat pada 16 Julai telah menjelaskan pelan pencarian asal usul virus fasa kedua kepada negara anggota. Banyak negara seperti Rusia, Pakistan, Kemboja, Syria dan lain-lain masing-masing menegaskan bahawa pencarian asal usul virus merupkan misi sains, yang tidak patut dipolitikkan. Laporan pengajian bersama oleh China dan WHO patut dipelihara.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang taklimat semalam mengulas bahawa, semakin banyak negara meluahkan suara yang adil. Namun pada masa yang sama, masih ada segelintir negara bermain politik, menentang sains dan memutarbelitkan hakikat. Ini menunjukkan suara yang adil dan objektif tetap menjadi majoriti di arena antarabangsa.

徐国玮