100 Tebusan Dibebaskan di Nigeria

2021-07-21 16:46:36  CRI
Share with:

Polis Nigeria mengesahkan seramai 100 penduduk yang diculik di negeri Zamfara, utara negara itu telah dibebaskan pada Selasa.

Menurut jurucakap polis, sekumpulan anggota bersenjata menyerang sebuah kampung di negeri Zamfara pada 8 Jun lalu dan menculik 100 orang penghuni. Kebanyakan tebusan itu ialah wanita dan kanak-kanak.

Selepas insiden itu berlaku, polis dan badan keselamatan telah memberikan tekanan kepada kumpulan bersenjata terbabit melalui rundingan dan sebagainya sehingga tebusan dibebaskan tanpa syarat.

徐国玮