AS Dituntut Siasat Makmal Biologi Fort Detrick

2021-07-22 15:01:46  CRI
Share with:

Siasatan menyeluruh dijalankan ke atas makmal biologi Fort Detrick adalah seruan bersama rakyat pelbagai negara, dan juga soalan yang wajib dijawab oleh Amerika Syarikat (AS) berhubung isu pencarian asal usul virus COVID-19.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata demikian dalam sidang taklimat di Beijing semalam.

Menurut laporan berkaitan, sehingga petang Rabu, seramai lima juta netizen China telah menandatangani surat terbuka yang meminta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjalankan siasatan terhadap makmal tersebut. Perkara ini menimbulkan perhatian tinggi daripada media dalam dan luar negeri.

Zhao berkata, misteri Fort Detrick masih belum diungkai setakat ini.

Pada Julai 2019, Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) telah mengirim surat kepada makmal itu, menuntutnya menghentikan kebanyakan operasi. Pada bulan yang sama, penyakit sistem pernafasan yang tidak diketahui puncanya ditemui di utara Virginia. Pada masa yang masa, banyak kes yang disyaki berkaitan dengan e-rokok atau vape pula dilaporkan di di Wisconsin. Pada akhir bulan itu pula, kes penyakit pneomonia yang tidak diketahui puncanya berlaku di dua pusat jagaan warga emas yang berhampiran dengan makmal Fort Detrick. Media AS juga mendedahkan bahawa sejumlah besar virus yang mengancam keselamatan manusia masih tersimpan di makmal itu.

Apakah kaitannya antara insiden-insiden tersebut, dan bilalah Washington merancang untuk memberi penjelasan kepada orang awam?

Wabak COVID-19 telah meragut 630 ribu nyawa di negara itu. AS digesa bersikap telus dan benar-benar bertindak untuk mencari asal usul virus, menyiasat Fort Detrick serta lebih 200 makmal biologi lain di luar negeri hingga memberikan jawaban kepada masyarakat antarabangsa.

徐国玮