Prestasi AS Paling Buruk: Laporan CGTN

2021-07-23 14:48:30  CRI
Share with:

Pelbagai negara dan wilayah di dunia kini menunjukkan perbezaan yang makin besar dalam menangani pandemik COVID-19 jika ditinjau dari beberapa indeks seperti jumlah kes positif dan kematian, serta kadar vaksinasi. Pihak berkuasa memainkan peranan mustahak dalam usaha membendung penularan wabak. Dalam lima indeks yang diambil kira, Amerika Syarikat (AS) menunjukkan prestasi paling buruk dalam tiga indeks tersebut.

Demikian dapatan Laporan Analisis Situasi Semasa Pandemik COVID-19 Antarabangsa yang diumumkan oleh kumpulan pemikir Jaringan Televisyen Global China (CGTN) pada Khamis.

Laporan tersebut memetik data statistik laman web Our World in Data kendalian Universiti Johns Hopkins AS, dan portal Pharmaceutical Technology, membuat ranking berdasarkan data mengenai 51 negara yang diambil sampel sehingga 14 Julai.

Menurut laporan itu, terdapat tiga negara yang merekodkan jumlah positif melebihi 15 juta orang iaitu AS, India dan Brazil. Manakala, New Zealand, Australia dan Vietnam mencatatkan jumlah positif yang paling sedikit, antara 51 negara tersebut.

Merumuskan pelbagai indeks, negara yang menghadapi cabaran wabak paling serius ialah AS dan diikuti Brazil, India, Britain dan Perancis. AS dengan jumlah kes positif dan kematian masing-masing mencatat 34 juta dan 600 ribu menduduki tempat teratas.

Dalam pada itu, negara-negara Asia termasuk China, Kores Selatan, Singapura dan Vietnam telah berjaya membendung penularan wabak kerana mengambil tindakan berkesan seperti menutup sempadan, menjalankan saringan dan kuarantin dan sebagainya.

Selain itu, pengagihan vaksin tidak seimbang di dunia. Kadar vaksinasi di negara membangun jauh lebih rendah berbanding dengan negara maju. Selain itu, masih terdapat jurang perbezaan yang besar untuk mencapai matlamat imuniti kelompok kerana perbezaan taraf perubatan dan beberapa negara maju menyorokkan vaksin.

徐国玮