AS Dinasihat Layan Negara Lain secara Sama Rata

2021-07-25 15:35:48  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) sentiasa ingin memberikan tekanan kepada negara lain, dan memandangkan diri sendiri lebih tinggi berbanding dengan negara lain. Padahal, tiada mana-mana negara yang lebih tinggi berbanding dengan negara lain di dunia ini dan hal itu tidak patut berlaku.

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian ketika menghadiri dialog strategi ke-3 menteri luar China-Pakistan di Chengdu, ibu kota provinsi Sichuan pada Sabtu.

Menjelang lawatan ke China, Naib Setiausaha Negara AS, Wendy Sherman sekali lagi menyatakan bahawa pihaknya akan mengendalikan hubungan dengan China berdasarkan "status kekuatannya".

Wang Yi menyatakan, AS tidak tahu cara yang sejawarnya untuk mengendalikan hubungan dengan negara lain berdasarkan sikap sama rata. Oleh itu, China dan masyarakat antarabangsa wajib untuk mengajar kuliah ini kepada AS.

徐国玮