Pesta tradisional “Hari Keenam Bulan Keenam” disambut meriah di kaunti Jianhe, daerah autonomi Qiandongnan yang berpenduduk etnik Miao dan Dong di bahagian tenggara provinsi Guizhou baru-baru ini.
Sambutan di kalangan rakyat merangkumi pelbagai aktiviti yang termasuk perarakan naga di permukaan air, pertandingan menyanyikan lagu revolusi dan patriotik, serta pertunjukan tarian dan nyanyian tradisional.