AS: Kes Jangkitan Melonjak, Kadar Vaksinasi Rendah

2021-07-26 12:02:22  CRI
Share with:

Pihak berkuasa kesihatan di Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada orang ramai bahawa wabak COVID-19 masih belum berakhir ekoran penularan varian Delta yang mengganas.

Berdasarkan data Universiti Johns Hopkins, dalam tempoh seminggu lalu, kes jangkitan COVID-19 yang direkodkan pelbagai negeri di AS menyaksikan lonjakan berbanding tempoh sebelumnya.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengesahkan, sekurang-kurangnya separuh populasi di 30 negeri masih belum disuntik. 

Pada 23 Julai, jumlah pendaftaran untuk menerima suntikan vaksin berada pada tahap yang paling rendah sejak kempen vaksinasi dilancar pada hujung Januari.

董筱娉