Dalang Serangan Istana Presiden Afghanistan Ditangkap

2021-07-26 11:46:31  CRI
Share with:

Semua suspek yang mendalangi serangan roket ke atas Istana Presiden Afghanistan ketika Hari Raya Aidiladha telah ditangkap.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Afghanistan, Mirwais Stanikzai pada Ahad memaklumkan, kesemua mereka disahkan adalah anggota kumpulan Taliban.

Menurutnya, lelaki bernama Momen yang diberkas di Kabul oleh pasukan petugas khas dipercayai dalang utama serangan berkenaan.

Kawasan di sekitar Istana Presiden Afghanistan menjadi sasaran beberapa bedilan roket apabila Presiden Ashraf Ghani sedang menyampaikan ucapan sempena sambutan Hari Raya Haji di sana pada minggu lepas.

Menurut pihak polis, serangan itu tidak menyebabkan pengorbanan nyawa.

张哲