Mengap Wartawan Media Barat Tidak Dialu-alukan di Zhengzhou?

2021-07-26 12:50:08  CRI
Share with:

Mengap Wartawan Media Barat Tidak Dialu-alukan di Zhengzhou?_fororder_2080965939

Wartawan DW dari Jerman, Mathias Boelinger mendakwa yang berbunyi “surrounded by an angry mob” di Zhengzhou ketika membuat liputan mengenai bencana banjir di sana.

Yang perlu disoalkan, apa yang membuatkan mangsa bencana banjir tempatan menjadi “gerombolan” yang begitu marah dengan media Barat?

Berdasarkan video yang tersebar di media sosial China, Mathias dan rakannya dikepung oleh beberapa penduduk bandar Zhengzhou yang marah dan bertanya beliau dari media mana?

Penduduk dalam video itu menjelaskan, dulu ada wartawan BBC datang membuat liputan mengenai bencana, tapi dalam laporannya sama sekali tidak melibatkan usaha kerajaan dan penduduk tempatan untuk mengatasi bencana, sebaliknya menghitamkan China.

Bagi penduduk tempatan, tentulah mereka sukar untuk membezakan wartawan BBC atau DW, tapi objektif mereka jelas iaitu cuma tidak mengizinkan media Barat menghitamkan kampung halaman dan negara sendiri lagi.

Bagi Satria, ini reaksi yang kurang tenang tapi pada masa sama ia boleh diterima.

Mengapa? Sebab, isteri Satria berasal dari Zhengzhou, ibu bapa mentua dan ramai ahli keluarga Satria mengalami bencana banjir kali ini.

Oleh itu, meskipun dalam cuti pada minggu lalu, Satria tak lekang pegang telefon bimbit untuk mendapatkan kemaskini berkaitan keadaan bencana di sana.

Jumlah hujan dalam tiga hari di sana melebihi jumlah hujan tahunan, atau lebih mudah difahamkan, dalam banjir melanda Jerman baru-baru ini, jumlah hujan adalah kira-kira 150mm sehari, tapi di Zhengzhou mencatat lebih 200mm sejam!

Dengan keadaan ini, ada ahli kelarga Satria mengalami gangguan bekalan air, elektrik, gas bahkan lif pun terjejas.

Bagaimanapun, dalam kumpulan keluarga media sosial Wechat Satria selalu membaca berita yang mengharukan.

Misalnya, ada kawan yang sudah lama tida berkomunikasi tiba-tiba tanya alamat untuk menghantar makanan dan minuman.

Ada ahli keluarga telah jumpa pasukan penyelamat dari provinsi lain datang menyediakan bantuan.

Malah, generator yang tertulis “barangan cemas kelamatan bencana kerajaan pusat” juga disediakan ke pelbagai komuniti untuk membantu memulihkan bekalan elektrik dan air.

Yang menjadi tular di media sosial juga termasuk SMS yang dihantar kepada pengguna telefon bimbit di kawasan yang stesen telekomunikasi terjejas bahawa “Dron Yilong milik Kementerian Pengurusan Kecemasan telah tiba di pekan anda sebagai stesen sementara untuk menjamin telekomunikasi sepanjang lima jam.”

Dengan usaha bersama rakyat dan kerajaan, bencana teruk yang tidak pernah berlaku dalam seribu tahun ini diatasi dalam tempoh kurang seminggu, tapi ini tidak kelihatan dalam laporan media Barat, yang ada hanya menghitamkan kegagalan pentadbiran kerajaan China.

Ini amat berbeza berbanding laporan mereka mengenai bencana banjir melanda Jerman, Kanada dan Belgium yang berlaku pada masa yang sama.

Jadi, disulami dengan emosi menghadap bencana, adakah penduduk Zhengzhou salah mengecam wartawan DW yang selalu menegaskan datang untuk melaporkan keadaan bencana secara objektif?

Kalau anda ada kesempatan, cuba membaca hantaran Twitter Mathias Boelinger yang mana beliau sebenarnya fasih bertutur bahasa Mandarin dan beliau jelas faham tentang punca kemarahan penduduk tempatan.

Tapi dalam hantarannya sama sekali tidak menyentuh kemarahan penduduk tempatan atas “laporan” dari rakan BBC, cuma menggambarkan ia diserangi oleh “mob” di Zhengzhou.

Terang lagi bersuluh, ini tidak lain hanyalah kemahuan beliau untuk mencari bahan dan terus menghitamkan China.

Nama pelbagai media Barat telah terjejas di China oleh laporan penuh agenda politik mereka dan khususnya oleh wartawan mereka di sini.

Mengap Wartawan Media Barat Tidak Dialu-alukan di Zhengzhou?_fororder_1991198390

Pada beberapa hari ini, Satria turut menyaksikan siaran langsung perasmian Sukan Olimpik Tokyo NBC khusus menggunakan peta China yang tidak lengkap.

BBC melaporkan pasukan China memenangi pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik Tokyo dengan tajuk “Gold for China…and more Covid-19 cases”.

Satria nak tanya, di mana tempat yang mempunyai lebih banyak kes Covid-19? Di China, Jepun, atau Britain? Dan, apa pula kaitannya dengan China memenangi pingat emas?

Bencana banjir atau Sukan Olimpik, yang penting bukan berita yang berlaku, sebaliknya dilihat sebagai platform baharu saja untuk menghitamkan China.

Inilah mengapa rakyat China tidak mengalu-alukan wartawan media Barat.

张弘