Pakar Rusia: Salahnya Letak Stigma pada Makmal Wuhan

2021-07-28 14:32:41  CRI
Share with:

Pakar Rusia: Salahnya Letak Stigma pada Makmal Wuhan_fororder_xxx

Perbuatan mengenakan stigma terhadap makmal Institut Virologi Wuhan (WIV) semenangnya tidak wajar, kata ahli virologi ternama dari Rusia, Dmitry Lvov.

Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu ketika diwawancara bersama Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) mengakui tekanan besar yang dihadapi WHO ketika ini adalah daripada Amerika Syarikat (AS).

Menurut beliau, ahli politik kini bertukar wajah menjadi “ahli virologi” yang sering tampil menggembar-gemburkan isu asal usul pandemik COVID-19.

Dmitry percaya bahawa koronavirus tersebut berpunca daripada alam semula jadi, dan kes sporadik sudah berlaku di sesetengah lokasi sebelum tercetusnya penularan wabak.

Beliau berpendapat, wabak boleh dikawal dengan lebih 80 peratus populasi di dunia mendapat suntikan vaksin.

董筱娉