Tokoh Asing Kritik Amalan Politikkan Virus

2021-07-28 14:32:00  CRI
Share with:

Kerja mengesan asal usul COVID-19 kendalian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) harus dilaksanakan di peringkat global, menurut sarjana terkemuka dari Singapura, Kishore Mahbubani.

Bekas diplomat itu ketika diwawancara bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini, menentang amalan mempolitikkan asal usul pandemik berkenaan, dengan mengkritik dunia Barat khususnya Amerika Syarikat (AS) sengaja meletakkan stigma pada China sejak tercetusnya penularan COVID-19.

Beliau turut menyatakan, AS patut membenarkan pakar WHO menyiasat punca koronavirus di negara itu.

Kishore juga memuji sikap saintifik, profesional dan bertanggungjawab yang ditunjukkan China ketika mencari asal usul virus.

Dalam perkembangan lain, Presiden Parti Berdikari Demokratik Afrika Selatan, Anwar Adams juga mengkritik perbuatan segelintir individu di AS mempolitikkan isu pencarian punca virus.

Beliau berpendapat, WHO perlu mempertimbangkan pelaksanaan siasatan terhadap makmal Fort Detrick di AS.

董筱娉