Isu Pencarian Asal Usul COVID-19 Tidak Boleh Dipolitikkan

2021-07-29 13:09:24  CRI
Share with:

Isu Pencarian Asal Usul COVID-19 Tidak Boleh Dipolitikkan_fororder_342ac65c103853431e8a0d554cc56f76cb808859

Presiden Persatuan Pembangunan Perhubungan Kemboja-China, Chea Munyrith baru-baru ini menyatakan, isu pencarian asal usul COVID-19 merupakan isu saintifik yang serius dan tindakan tegas perlu diambil untuk mengelakkan isu itu daripada dipolitikkan .

Ketika menyebut tentang pelan kerja pencarian asal usul COVID-19 fasa kedua yang dikemukakan oleh sekretariat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Chea Munyrith berkata, pelan itu sama sekali tidak selaras dengan cadangan berkenaan dan keputusan mengenai virus COVID-19  diklasifikasikan sebagai “sangat tidak berkemungkinan” tersebar dari makmal dalam laporan penyelidikan bersama China-WHO berhubung punca virus berkenaan.

Beliau berpendapat, ternyata pelan yang membelakangi semangat sains dan kerjasama ini dibuat ekoran gangguan politik .

Isu Pencarian Asal Usul COVID-19 Tidak Boleh Dipolitikkan_fororder_5bafa40f4bfbfbed87a00942a626283eaec31f74

Menurut ulasan dalam program TV Iran pula, Amerika Syarikat(AS) yang bermotif politik untuk mengeksploitasi dakwaan konspirasi COVID-19 yang menyasarkan China, sudah biasa bermain tipu muslihat memfitnah negara lain dengan mengada-adakan bahan bukti.

高蕾