Prestasi Atlet China Membanggakan, Impresif: Bach

2021-07-30 12:05:13  CRI
Share with:

Prestasi Atlet China Membanggakan, Impresif: Bach_fororder_bbb

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach memuji aksi luar biasa dan membanggakan yang ditampilkan atlet-atlet China pada Sukan Olimpik Tokyo.

Dalam wawancara eksklusif dengan Kumpulan Media China (CMG) di Jepun pada Khamis, beliau menyifatkan prestasi cemerlang pemain China sebagai cukup impresif dan mengharukan, hingga mengharumkan imej negara.

Bach yakin, Beijing, selaku tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, pasti menjanjikan memori unik dan abadi kepada dunia.

Dalam pada itu, beliau turut berkata, ikatan antara IOC dengan CMG kekal rapat. Temasya sukan musim sejuk di Beijing bakal menjadi satu lagi petanda signifikan dalam kerjasama kedua-dua pihak.

董筱娉