Vaksin China Bantu Afrika Perangi COVID-19

2021-07-30 15:07:42  CRI
Share with:

Penghantaran vaksin COVID-19 ke Afrika menerusi pelan COVAX dipercepat apabila hampir 4 juta dos dilaporkan tiba di benua itu pada minggu lalu.

Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Afrika, Matshidiso Moeti dalam sesi taklimat pada Khamis berkata, Afrika masih memerlukan sebanyak 700 juta dos vaksin bagi memastikan 30 peratus penduduknya menerima suntikan menjelang hujung tahun ini.

Menurutnya, dua pengeluar vaksin China, Sinovac dan Sinopharm bakal membekalkan 100 juta dos vaksin COVID-19 kepada negara-negara berpendapatan rendah menerusi pelan COVAX, antaranya 32.5 juta dos akan tiba di Afrika minggu ini. 

梁靓