Amalan Politikkan Punca Virus Ditolak

2021-07-30 15:06:58  CRI
Share with:

Usaha mencari asal usul COVID-19 harus dijalankan secara saintifik dan objektif, tanpa sebarang unsur politik.

Pengarah Eksekutif Persatuan Sains Politik Armenia, Dr. Benyamin Poghosyan dalam artikelnya yang disiarkan akhbar tempatan berkata, amalan Amerika Syarikat (AS) yang mengabaikan sains dan mempolitikkan isu asal usul COVID-19 ditolak semua.

Menurut laporan penyelidikan bersama yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada hujung Mac, virus sangat tidak berkemungkinan tersebar dari makmal.

Dr. Benyamin berkata, perbuatan sesetengah kuasa Barat melemparkan lagi tohmahan terhadap China dalam isu berkenaan bertujuan untuk memburuk-burukkan dan mengekang China.

Ahli Akademi Sains Republik Dominican, Eduardo Klinger pula menegaskan, WHO tidak seharusnya melibatkan diri dalam permainan geopolitik akibat tekanan Barat. 

梁靓