Legenda Pingpong “Makcik dari Shanghai”

2021-07-30 14:25:19  CRI
Share with:

Legenda Pingpong “Makcik dari Shanghai”_fororder_8a

Legenda Pingpong “Makcik dari Shanghai”_fororder_8c

Legenda Pingpong “Makcik dari Shanghai”_fororder_8b

Dalam pertandingan pingpong perseorangan wanita pusingan kedua Olimpik Tokyo yang diadakan pada 25 Julai, Ni Xialian, 58, dari Luxembourg melawan Shin Yubin, 17, dari Korea Selatan.

Sebenarnya, Ni Xialian berasal dari Shanghai, China.

Pada 1983, Nia Xialian yang berumur 20 pada ketika itu telah meraih pingat emas dalam acara beregu wanita dan berpasukan wanita sempena Kejohanan Pingpong Dunia Ke-37 yang diadakan di Tokyo.

Ni Xialian yang tamat perkhidmatan di pasukan pingpong kebangsaan China pada tahun 1986, meninggalkan Shanghai dan menetap di Jerman. Bakat Ni dalam pingpong menarik perhatian sektor sukan Jerman, dan beliau diundang oleh kerajaan Luxembourg supaya terus bermain pingpong dan mewakili negara itu menyertai pertandingan antarabangsa.

Pada tahun 2015, Ni yang berumur 52 menewaskan atlet terkenal Jepun, Ai Fukuhara.

Pada tahun 2017, Ni yang berumur 54 menampilkan prestasi yang cukup baik ketika melawan jaguh China Ding Ning. 

Bagi Ni, menang atau tidak bukanlah perkara penting. Yang lebih penting adalah keceriaan. Ketika ditanya sama ada akan menyerti pertandingan Sukan Olimpik seterusnya, Ni menjawab: “Never say never”.

胡星