Usaha Merungkai Asal Usul COVID-19 Tidak Diizinkan Dipolitikkan

2021-08-02 15:45:33  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_88a238b3-70ca-42e8-aaf0-a9d3f00963cc (1).JPG

Fakta mengenai asal usul pandemik COVID-19 tidak mungkin diperoleh melalui persoalan dan tindakan memburuk-burukkan imej, dan usaha merungkai asal usul COVID-19 tidak diizinkan dicemari politik.

Anggota Biro Politik Parti Kesatuan Progresif Nasional Mesir Prof Sherif M·Samir Fayyad baru-baru ini menyatakan, segelintir politikus negara Barat termasuk Amerika Syarikat(AS)  memilih memburukkan nama China dalam isu mengesan asal usul COVID-19 sebenarnya bertujuan mengaut keuntungan untuk negara mereka sendiri.

Prof Sherif M·Samir Fayyad yang bertugas dalam fakulti sosioekonomi berkata, meskipun pada waktu sebelum tercetusnya COVID-19 lagi, negara Barat sudah biasa membidas China dengan alasan yang bukan-bukan yang berkaitan dengan hal ehwal serantau bagi membendung pembangunan negara itu.

Beliau berpendapat, usaha pencarian asal usul COVID-19 perlu dijalankan dengan menghormati fakta dan kesaksamaan untuk menjamin hasil penyelidikan diperoleh secara telus dan terbuka melalui kerjasama antarabangsa.

Sherif M·Samir Fayyad menyatakan kesal terhadap pelan pencarian asal usul COVID-19 fasa kedua yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurutnya, China giat menjalankan kerjasama antarabangsa, mengekalkan perhubungan yang rapat dengan WHO, selain menghulurkan bantuan bahan perubatan dan vaksin kepada negara lain. Kesemuanya ini bukti terbaik penyertaan aktif China dalam usaha melawan wabak di dunia.

吕清