Bukti Saintifik Kukuh Diperlukan Bagi Pencarian Asal Usul COVID-19

2021-08-02 15:48:04  CRI
Share with:

Bukti Saintifik Kukuh Diperlukan Bagi Pencarian Asal Usul COVID-19_fororder_0ff41bd5ad6eddc4c760a10b02cf50f553663353

Pemangku Menteri Kesihatan Awam Afghanistan, Wahid Majrooh berpendapat, bukti saintifik yang kukuh diperlukan bagi pencarian asal usul COVID-19.

Semasa temu ramah dengan pihak media baru-baru ini, Wahid Majrooh berkata, penyelidikan berkenaan perlu dijalankan di banyak kawasan bagi memperoleh hasil komprehensif.

Wahid Majrooh menambah, laporan penyelidikan bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO-China berhubung asal usul COVID-19 yang dikeluarkan WHO pada 30 Mac lalu boleh dipercayai. Menurutnya, laporan itu dibuat berdasarkan penyelidikan saintifik dan boleh dijadikan rujukan untuk kegunaan institusi kesihatan dan saintis.  

Bukti Saintifik Kukuh Diperlukan Bagi Pencarian Asal Usul COVID-19_fororder_d31b0ef41bd5ad6e0822b885b3dfdfd3b7fd3ca7

Beliau  menegaskan China mengambil sikap terbuka dan telus serta menyertai kerjasama antarabangsa secara aktif dalam usaha merungkai asal usul COVID-19. Sikap terbuka dan telus merupakan prinsip penting bagi pelbagai negara bekerjasama untuk mencari asal usul virus.

Dalam perkembangan lain, Wahid Majrooh juga melahirkan terima kasih atas sokongan China kepada Afghanistan dalam usaha melawan wabak.

 

吕清