Wang Akan Hadiri Persidangan Menteri Luar

2021-08-03 13:09:51  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi akan menghadiri Sidang Menteri Luar China-ASEAN (10+1), Sidang Menteri Luar ASEAN, China, Jepun dan Republik Korea (10+3), Sidang Menteri Luar Kemuncak Asia Timur (EAS) dan Sidang Menteri Luar Forum Serantau ASEAN (ARF) secara maya pada 3 hingga 6 Ogos.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semalam.

Katanya, China melihat ASEAN sebagai kuasa penting yang mampu memelihara kedamaian dan kestabilan serantau serta menggalakkan integrasi serantau, menyokong pembangunan Komuniti ASEAN dan kedudukan utama ASEAN dalam kerjasama Asia Timur serta peranan ASEAN dalam hal ehwal antarabangsa dan serantau. China bersedia memanfaatkan momendum ulang tahun ke-30 hubungan dialog China-ASEAN, mendorong negara-negara terbabit menumpu kepada kerjasama, bersama-sama mengusahakan pembangunan, menyahut cabaran dan melindungi kedamaian, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran.

Untuk itu, China menyarankan memperkasakan kerjasama dalam membendung COVID-19, menggalakkan pemulihan ekonomi, memperluas kerjasama lestari, dan bersungguh-sungguh mengamalkan multilateralisme.

高蕾