China Bantu Negara Terlibat BRI Perolehi Vaksin COVID-19

2021-08-03 14:38:18  CRI
Share with:

Pada bulan Jun lalu, Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi mempengerusikan mesyuarat peringkat tinggi kerjasama antarabangsa Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) bagi rantau Asia Pasifik. China bersama-sama 28 buah negara dalam mesyuarat itu mengemukakan cadangan untuk membina perkongsian kerjasama vaksin BRI demi meningkatkan kerjasama vaksin yang melibatkan bantuan, eksport dan pengeluaran berdasarkan usaha sama.

Jurucakap Kementerian Luar China dalam sidang semalam berkata, China yang aktif melaksanakan cadangan tersebut, telah mencapai konsensus kerjasama yang melibatkan 775 juta dos dan stok vaksin antara China dengan negara-negara pencadang tersebut, antaranya sebanyak 350 juta dos telah diserahkan. Selain itu, syarikat China telah memulakan pengeluaran vaksin berdasarkan usaha sama di empat negara pencadang, dan melakukan perbincangan dengan sejumlah negara lain yang berminat tentang perkara itu.

Jurucakap itu berkata, China bersedia berusaha bersama-sama dengan rakan kerjasama BRI untuk menggalakkan pengagihan vaksin dengan saksama di seluruh dunia, dan bertindak agar negara terlibat BRI dan negara membangun lain dapat dan mampu memperolehi vaksin COVID-19.

曹捷