China, India Berusaha Jamin Kestabilan Kawasan Sempadan

2021-08-03 15:28:15  CRI
Share with:

China dan India mengadakan pertukaran dengan sikap tulus ikhlas dan secara mendalam untuk mengelakkan pasukan tentera kedua-dua pihak daripada berkonflik di sepanjang Garis Kawalan Sebenar bahagian barat sempadan.

Menurut maklumat Kementerian Pertahanan China semalam, dalam mesyuarat peringkat komander divisi China-India pusingan ke-12 yang diadakan di tapak pertemuan di sempadan Moldo-Chushul sebelah India, kedua-dua pihak berjaya mencapai persetujuan untuk mengekalkan rundingan dan dialog  serta menyelesaikan isu yang ditinggalkan dengan secepat mungkin berdasarkan perjanjian dan komitmen yang sedia ada.

Sementara itu, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk bersama-sama memastikan kestabilan dan mengekalkan keamanan di kawasan di sepanjang Garis Kawalan Sebenar bahagian barat sempadan semasa berlangsungnya rundingan  yang bertujuan menangani masalah terbabit.

吕清