Kenyataan Bersama: Bantah Isu Rungkai Asal Usul COVID-19 Dipolitikkan

2021-08-03 13:07:32  CRI
Share with:

Masyarakat antarabangsa diseru memperhebat kerjasama membendung wabak COVID-19 yang mengancam kesihatan dan keselamatan nyawa manusia, dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) disyorkan mengadakan penyelidikan secara objektif dan adil dalam isu mengesan asal usul COVID-19 yang dilihat tidak patut dipolitikkan.

Demikian ditegaskan kenyataan bersama yang diserahkan kepada WHO oleh lebih 300 parti politik, pertubuhan masyarakat dan kumpulan pemikir dari lebih 100 buah negara dan rantau di dunia semalam.

Negara mana-mana pun tidak dapat terselamat apabila menghadapi krisis global yang besar, kerana umat manusia terlingkung dalam komuniti berkongsi nasib. Usaha mengesan asal usul wabak sepatutnya dilakukan oleh ahli sains dan pakar perubatan berdasarkan fakta dan bukti.

Usaha itu adalah kewajipan bersama bagi setiap negara. Rancangan mengesan asal usul pada fasa kedua yang dikemukakan secara sepihak oleh Sekretariat WHO tidak selaras dengan resolusi Persidangan Kesihatan Sedunia, malah tidak berfaedah bagi mendorong kerjasama antarabangsa, kerana ia bukan yang dihasilkan berdasarkan rundingan penuh dengan semua negara anggota dan juga bukan hasil pengajian yang terkini dalam lingkungan yang menyeluruh. Sekretariat WHO diharap mengadakan kerjasama dengan negara anggotanya, menimbangkan bukti saintifik yang terus muncul, dan menerima saranan terbabit dalam laporan bersama China-WHO.

Selain itu, pakar perubatan dan ahli sains disokong menjunjung tinggi semangat profesional untuk merungkai asal usul koronavirus baharu di sejumlah tempat dan sejumlah negara supaya dapat menyediakan pengalaman seperlunya untuk mencegah dan mengelak daripada berlakunya suatu pandemik yang baharu.

高蕾