Sidang Ekonomi Digital Global Dirasmikan di Beijing

2021-08-03 14:51:11  CRI
Share with:

 

Sidang Ekonomi Digital Global (GDEC) selama dua hari telah dirasmikan di Beijing semalam.

Skim Beijing yang bertemakan “bandar perintis ekonomi digital global” dan kertas putih "ekonomi digital global” telah diumumkan sempena GDEC kali ini.

Sementara itu, pameran ekonomi digital anjuran GDEC yang merangkumi teknologi canggih dalam AI, rantai blok, VR, kembar digital (Digital Twin) dan pengiraan kuantum, memperlihatkan teknologi dan produk baharu dalam pembangunan ekonomi digital di bandar Beijing.

Selain itu, lebih 20 forum dan taklimat juga akan diadakan secara berasingan di bandar Beijing dan bandar Lhasa, wilayah Tibet sempena berlangsungnya GDEC.

张宪